Pernah mengalami edema atau kaki sembam semasa hamil?
- Minum air masak sebanyak 2-3 L sehari. Toksin dapat disingkirkan daripada badan dengan baik apabila kita minum air masak secukupnya. Apabila badan tidak mendapat cecair secukupnya, ia akan berada dalam ‘survival mode’ di mana badan ‘menyimpan air’ dan berlakulah sembab kaki, tangan dsb. Cuba cek, adakah kita sekadar minum 2-3 gelas air masak sehari? Cara mudah untuk tahu sama ada badan mendapat air yg cukup ialah melalui warna urin. Ia sepatutnya jernih, bukan keruh.
- Lakukan senaman ringan. Senaman membantu peredaran darah dan cecair yang lebih baik dalam badan seterusnya menghindari daripada berlakunya sembab kaki, dsb. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki atau berbasikal.
- Jangan berdiri terlalu lama. Apabila berdiri terlalu lama, cecair akan terkumpul pada kaki yang mengakibatkan sembab. Banyakkan berjalan atau bergerak.
- Tinggikan sedikit kedudukan kaki sewaktu berehat atau tidur. Alas kaki dengan bantal supaya kaki berada pada aras yang sama atau lebih tinggi daripada jantung.
- Pakailah kasut yang selesa dan tidak terlalu ketat. Jauhi heels!
- Amalan pemakanan:
- Hindari @ kurangkan:
- Minuman berkafein dan alkohol
- Makanan yang tinggi sodium. Antara makanan yang tinggi kandungan sodium selain garam ialah makan yang diproses (processed food), makanan segera (instant or fast food) – fries, burger, dll.
- Karbohidrat
- Lebihkan dalam menu harian:
- Makanan yang tinggi potassium – contohnya pisang, lobak meah, kurma, buah oren, tembikai, prune, kismis, bayam, kacang peas, badam, susu dan yogurt.
- Makanan berserat tinggi seperti roti high fiber.
- Sayur-sayuran mentah seperti ulaman.
- Protein, menggantikan karbohidrat.
- Makanan tinggi magnesium dan vitamin B – sayuran berdaun gelap, oatmeal, asparagus dan kacang soya.
- Selain itu, pengambilan suplemen kalsium magnesium turut membantu mengatasi masalah sembab air
Ostematrix Shaklee adalah suplemen kalsium magnesium yang turut dilengkapi dengan vitamin D serta mineral lain yang baik utk kesihatan, apatah lagi untuk ibu mengandung.