Tuesday 15 October 2013

Morning sickness & cara menanganinya...


Tiada seorang pun tahu kenapa tanda kehamilan pertama bagi ramai bakal ibu iailah kecenderungan untuk berkejar ke bilik air pada awal pagi. Oleh sebab sekitar lapan daripada 10 wanita hamil mengalami mabuk, dan separuh daripada mereka muntah-muntah, ramai wanita menghabiskan minggu-minggu awal kehamilan dengan perasaan yang paling dahsyat dan tidaklah kelihatan ceria berseri-seri. 

Walaupun kenyataan ini tidak membantu mabuk anda, sebenarnya rasa mabuk merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi. Punca mabuk hamil tidak diketahui, ia difikirkan berkaitan dengan hormon gonadotrofin korion manusia (hCG). Ini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta anda mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan bayi anda pada sekitar 12 hingga 14 minggu. Hormon lain seperti estrogen dan hormon tiroid tiroksina juga dikatakan bertanggungjawab. 

So, actually, there is a good reason untuk yang mengalami morning sickness semasa kehamilan..seperti juga saya. Mengalami morning sickness selama 4-5 bulan..Semasa kandungan pertama, 5 bulan dan sekarang ni sudah masuk kehamilan kedua, syukur sudah 30 minggu usia kandungan, dengan tempoh morning sickness selama 4 bulan pertama. Teruk jugala..I lost 6 kg, dan sangat tidak berseri. Sehingga kan pernah sekali terpaksa drip di hospital selama 4 jam. Semua makanan ibaratkan racun, nak muntah saja, sampaikan nak bercakap pun susah, terpaksa bercakap slow dan mengurangkan interaksi kerana bau badan sesiapa saja, bau nafas pun membuatkan saya termuntah...apa2 baulah. Bau yang paling menyenagkan saya adalah limau nipis, dan segala jenis buahan sitrus. itu saja...kehulu ke hilir berbekalkan limau di tangan sambil di hidu...tak hairan la jika ada yang melihat berasa pelik dengan kelakuan saya..huhuhu...i peduli apa...

Berikut beberapa cara yang boleh dilakukan bagi yang mengalami masalah morning sickness ni"



  • Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
  • Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.
  • Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
  • Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.
  • Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
  • Hidu buah lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.
  • Minum teh halia. Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.
  • Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.
  • Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.
  • Cuba terapi semula jadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.
  • Beritahu seseorang. Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda. Anda juga boleh berbual dengan ibu-ibu lain yang dalam tahap kehamilan yang sama dengan anda dalam forum Kehamilan.


  • Masa tu, ada juga my fren cadangkan untuk ambil produk Shaklee terutamanya multivitamin (Vita-Lea) serta ESP untuk membantu menangani morning sickness ni.. tapi masa tu tidak sempat saya membelinya..so saya pun belek belekla laman web serta blog2 tentang Shaklee ni...ya memang betul..terdapat produk2 tertentu yang amat sesuai untuk ibu hamil yang mengalami masalah morning sickness ni...









    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...