Monday 18 November 2013

Sukar hamil? Mengapa ya?....



Mencuba tetapi masih tidak berhasil? Secara umumnya kesuburan seseorang wanita itu berkait dengan kemampuannya mengeluarkan telur. Telur akan keluar sekali dalam tempoh 1 pusingan haid. Waktu telur dikeluarkan dikenali sebagai waktu subur. Bagi wanita yang mempunyai pusingan haid teratur, pengeluaran telur akan biasa akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama haid keluar). Disebabkan itulah sekiranya ingin merancang mempunyai anak disarankan melakukan hubungan kelamin pada waktu ini.

Bagi lelaki masalah ketidaksuburan selalunya di kaitkan dengan sperma yang tidak normal,jangka hayat sperma terlalu singkat atau masalah ejakulasi. Masalah lain ialah seperti: 

1.Keradangan pada testis
2.Pembengkakan salur darah testis
3.Pengambilan alkohol
4.Merokok
5.Hormon tidak normal
6.Terdedah pada bahan kimia beracun
7.Saluran testis tersumbat akibat jangkitan kuman
8.Memakai seluar ketat

Walaupun wujud pelbagai masalah berkaitan kesuburan ,ini bukanlah titik noktah kepada pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Ada banyak cara boleh dilakukan untuk membantu mendapatkan zuriat. Yang penting perlulah berusaha dan bersedia dari pelbagai aspek kerana rawatan kesuburan merupakan proses yang panjang. 

Tip kesuburan lelaki

  • Makan buah betik kerana ia kaya dengan vitamin C dimana vitamin ini mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma.
  • Berhenti merokok kerana boleh menyebabkan membrane sperma rosak dan mempengaruhi sperma mencapai sel telur
  • Banyak kan pengambilan zink kerana mampu mengaktifkan sperma.
  • Pakai seluar longgar bagi memastikan suhu alat kelamin terkawal
  • Kebersihan makanan
  • Minum banyak air kosong juga
Tip kesuburan bagi wanita
  • Jaga pemakanan seperti elakkan jeruk,makanan ringan, minum alkohol dan berkabonat
  • Senaman berkala
  • Berhati-hati mengambil ubat kerana sesetengah ubat mempengaruhi kesuburan
  • Periksa rahim dengan berjumpa doktor manalah tau kan ada masalah dalam rahim 
Sekiranya ada antara anda yang mengesyaki anda dan pasangan berhadapan masalah kesuburan segeralah bertindak. Di sini saya mengesyorkan beberapa supplemen Shaklee yang boleh anda praktikkan sebagai salah satu usaha anda. Tapi sebelum itu, di bawah ini adalah beberapa lagi perkara tambahan yang biasanya diamalkan yang menjadi penyebab sukar untuk hamil:

7 kesilapan sukar hamil

Tahukah anda menggunakan pelincir yang salah semasa memgadakan hubungan intim boleh mengurangkan peluang untuk hamil. Semua gel pelincir boleh rosakkan sperma. Cara terbaik untuk baiki hubungan, tingkatkan pelincir semulajadi anda. Lakukan lebih banyak foreplay sebelum memulakan seks. Seterusnya lebih banyak pelincir semulajadi terhasil untuk bantu sperma terus hidup.


Simpanan sperma. Ada pasangan silap tanggapan bahawa dengan mengelakkan hubungan seks dalam masa sebulan dapat menjimatkan sperma. Ini adalah silap besar! Memang benar, jika simpan sperma, anda mungkin lebih banyak waktu diperlukan. Tetapi kebanyakan sperma sudah lemah dan lembap serta tidak mampu senyawakan telur wanita. Untuk hamil, sperma yang segar diperlukan.


Vitamin C. Sangat bagus untuk tingkatkan kesuburan. Ia boleh memperbaiki cecair serviks. Cecair ini berfungsi mengangkut sperma ke dalam serviks dan ke rahim. Tanpanya sperma tak mampu hidup lebih lama. Namun jangan ambil berlebihan sebab dikhuatiri akan menyebabkan kekeringan serviks pula. Dinasihatkan ambil tidak lebih 1000mg vitamin C setiap hari.


Tekanan. Bila ada yang bertanya dan mengatakan “relaks la” ini sebenarnya akan menambah lagi tekanan. Lakukan lah terapi ketawa daripada paksa diri untuk bertenang.


Makanan. Wanita yang hamil tahu apa makanan yang patut dijauhi, tetapi wanita yang sedang cuba untuk hamil tidak tahu hal ini. Contohnya, jauhkan ikan yang mengandungi merkuri yang sangat tinggi namun jangan elak semua ikan kerana ada ikan yang yang kaya dengan protein, vitamin D dan asid lemak Omega-3 yang bagus.


Minuman berkafein. Ada kajian mengatakan secawan kopi sehari sudah cukup memgurangkan peluang sehingga 50% wanita untuk hamil dalam tempoh 12bulan. Jadi, pengemar kopi sila ambil perhatian ya.


Ubat-ubatan yang mesti dijauhi orang lelaki. Ada ubat-ubatan yang biasa diambil oleh lelaki seperti ubat rawat ulser, masalah gastrik juga ubat tekanan darah tinggi ada kesan buruk pada pengeluaran sperma juga kesuburan. Amalkan vitamin lebih baik, contohnya zinc complex, C dan E yang mengandungi selenium.


Info: Jika lelaki lebih terangsang, dia akan mempunyai ejakulasi yang lebih baik lalu menghasilkan sperma yang lebih. Setuju tak?

Set Shaklee untuk membantu anda:


Set Kesuburan Wanita (Budjet)- 


Set Kesuburan Lelaki (Budjet)-

  • Vit-E
  • Zinc
  • Vit-E
Pengambilan supplemen adalah salah satu cara dan usaha disamping mengambil pemakanan yang kaya dengan vitamin seperti dinyatakan di atas. Bagi sebahagian orang, usaha untuk mendapatkan keturunan memang tidaklah mudah. Jika anda termasuk salah satu diantaranya, selain menerapkan pola makan yang baik dengan gizi yang seimbang untuk menjaga kesuburan anda juga harus menerapkan pola hidup sihat, menghindari hal-hal yang dapat mengganggu kesuburan, menjauhi stress dan berpikiran positif serta lebih mendekatkan diri pada Tuhan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai supplemen kesuburan ini, konsultasi percuma :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...